fbpx
Tangkap layar video memaparkan Tengku Arif Bendahara Pahang berseloroh mengenai kejayaannya di Sukan Sea 2025.

[VIDEO] ‘Beg kami berat, ada emas dekat dalam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah mencipta kejayaan membanggakan apabila memimpin skuad ekuestrian polo negara meraih pingat emas pada Sukan SEA 2025.

Dalam perlawanan akhir kategori 4-6 Gol, Malaysia menewaskan Thailand dengan keputusan 10-6.5 di Siam Polo Park, Samut Prakan, Thailand.

Kejayaan tersebut bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menyamai rekod ayahandanya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pernah meraih pingat emas acara polo pada Sukan SEA 1983.
Dalam satu hantaran yang tular di media sosial, Tengku Arif Bendahara Pahang berseloroh mengharapkan kerajaan menampung lebihan bagasi susulan berat pingat emas di dalam begnya.

“Saya harap kerajaan boleh belanja kita ‘excess baggage’ sebab beg kita berat ada emas dekat dalam,” ujarnya.

Selain pingat emas, beliau turut membantu skuad negara meraih pingat gangsa dalam kategori 2-4 Gol selepas Malaysia menewaskan Filipina 7-3.5.- KOSMO! ONLINE

@thrgegar.myEMAS DI SAMUT PRAKAN UNTUK POLO! 🔥 Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatudin Shah berjaya menyamai rekod ayahandanya di Sukan SEA 1983 dengan memenangi emas Polo Sukan SEA 2025 🔥 Ada satu mesej dari Tengku 👀 kredit: @kamalnizamm

♬ original sound – THR GEGAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN