fbpx
APM Daerah Kuala Pilah berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat lebih 115 kilogram di sebuah kandang kambing di Kampung Beting, di sini, pagi tadi. - Foto IHSAN APM

Ular sawa seberat 115kg kempunan kambing ditangkap APM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah, di sini, berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat lebih 115 kilogram di sebuah kandang kambing di Kampung Beting, di sini, pagi tadi.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Azlina Ahmad Fuazi berkata, sepasukan tiga anggotanya segera ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kira-kira pukul 6 pagi.

“Menurut pengadu, beliau terkejut apabila melihat seekor ular sawa batik bersaiz besar melingkar di atas para sebuah kandang Kambing. Berdasarkan rekod laporan, kita pernah menangkap sawa batik dengan anggaran berat 120 kilogram di lokasi yang sama pada 24 November lalu.

“Operasi yang diketuai oleh Lans Koperal (PA) Muhammad Iqbal Ruslan bersama dua lagi anggota dan pengadu telah berjaya menangkap hidupan liar itu dengan berat 115 kilogram yang juga telah menyerang seekor kambing namun tidak sempat untuk menelannya.

“Ular itu telah dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN