fbpx
KEADAAN motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan di Jalan Felda Semenchu - Kota Tinggi, malam tadi. Foto IHSAN POLIS

Tukang cat kereta maut kemalangan dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang tukang cat kereta maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Felda Semenchu – Kota Tinggi di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Faizal Harun, 42, disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah dialami.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan membabitkan motosikal ditunggang mangsa jenis Yamaha 135LC dengan penunggang motosikal Yamaha Y15ZR iaitu remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun.
“Pihak polis menerima maklumat berhubung kemalangan maut ini pada pukul 9.45 malam tadi. Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha 135LC telah melanggar Yamaha Y15ZR dari belakang sebelum Yamaha Y15ZR ditunggang pelajar sekolah itu terbabas ke tepi bahu jalan.

“Dalam kemalangan ini, penunggang Yamaha 135LC mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, pelajar sekolah itu pula dilaporkan cedera di bahagian muka serta kaki dan kini sedang mendapat rawatan di hospital sama.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN