fbpx

‘Sedang kenal hati budi, Nedim lelaki penyayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nadia Brian mengakui kini dalam fasa mengenal hati budi usahawan yang juga bekas suami aktres Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz atau lebih dikenali sebagai Boss Ned.

Menurut Nadia atau nama penuhnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, hubungan mereka masih terlalu awal namun meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Nedim.

“Sejujurnya, kami mula berkenalan sejak sebulan lalu, memang baru sangat-sangat dan masih dalam proses mengenali hati budi lagi.

“Kalau boleh, doakanlah yang baik-baik dan terima kaih untuk semua respons ramai,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, fasa perkenalan berjalan dengan baik ketika ini memandangkan Nedim memiliki ciri-ciri  lelaki idamannya iaitu penyayang.

“Sebenarnya Nedim yang ajak berjumpa untuk keluar makan bersama di sebuah restoran dan saya selesa berkawan dengannya.

“Setelah beberapa kali bertemu, saya lihat dia seorang bapa penyayang dan saya tidak pernah tengok lelaki yang menyayangi anak-anak sebegitu,” katanya lagi.

Ditanya sama ada dia bersedia sekiranya dipertemukan jodoh dengan duda anak dua itu, Nadia menyerahkan semuanya kepada takdir Tuhan.

“Sekarang kami berdua sama-sama berstatus solo dan rasa-rasanya tiada masalah untuk berkawan dan meneruskan hubungan ini.

“Kalau soal jodoh pula, saya serahkan pada Allah SWT. terus dooakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia mengakui terharu dengan kapsyen yang ditulis Nedim dalam Instagram semalam termasuk memuat naik foto mereka bersama.

“Mengenai kapsyen Instagram, dia beritahu itu apa yang dia rasa. Rasa terharu sebab nampak keikhlasannya yang betul-betul nak berkawan dengan saya.

“Sepanjang kami kenal, saya hanya menjadi diri sendiri, terima dia seadanya dan Nedim juga sama,”jelasnya.

Terdahulu, Nedim dan Nadia mencuri perhatian ramai semalam selepas memuat naik foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing.

Selain bersama Nadia, Nedim turut memuat foto mereka bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl.

Kapsyen Nedim dalam hantaran Instagram juga meraih perhatian ramai sekali gus memberi gambaran mengenai hubungan yang terjalin antara mereka ketika ini.

“Sebahagian kecil daripada hati saya tinggal di sini,” katanya.

Terdahulu, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Neyqal. Bagaimanapun, mereka kemudiannya disahkan bercerai pada Julai 2024.

Nadia pula pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai secara sah pada April 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN