PELAKON kacak, Saif Ali Khan mengakui pernah cemburu melihat Kareena Kapoor berlakon dengan lelaki lain. Menurut Saif, perasaan sebegitu hadir pada awal percintaan mereka. Sebagai kekasih, dia belum mampu membiasakan diri dengan situasi tersebut.
“Saya agak cemburu melihat Kareena bergandingan dengan hero lain. Saya juga tertanya-tanya bagaimana jika dia berlakon dengan pesaing saya?
“Tetapi ketika itu semuanya masih baharu. Ini adalah emosi yang perlu anda proses secara matang dan memerlukan kepercayaan antara satu sama lain.
“Mujur saya mendapat nasihat daripada rakan baik saya dan Kareena iaitu Rani Mukherjee. Dia nasihatkan saya supaya tidak perlu risau dan berfikiran bukan-bukan tentang Kareena,” katanya.
Saif dan Kareena mula berpacaran selepas mereka membintangi filem Tasham pada tahun 2007. Pasangan itu kemudian berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Taimur Ali Khan, 9 dan Jehangir Ali Khan, 4.














