KUALA PILAH – Berbekalkan tunjuk ajar dan semangat yang gigih, tiga individu kurang upaya (OKU) mampu menghasilkan pelbagai barangan berasaskan manik di Bengkel Seri Perkasa, Johol di sini. Antara produk yang dihasilkan termasuklah kotak tisu, beg dan rantai kunci yang kemudiannya dijual bagi menjana pendapatan golongan tersebut. Seorang pelatih, Samsidal Boyot, 64, yang merupakan OKU fizikal berkata, dia berasa teruja setiap kali barangan yang dihasilkannya berjaya dijual kepada orang ramai. “Seronok belajar di sini kerana dapat menuntut ilmu membuat tapak…














