fbpx
Anggota bomba menjalankan operasi menarik keluar kereta Proton Waja yang terjatuh ke dalam Sungai Perak di Kampung Baru Layang-layang Kanan, Parit hari ini.

Lelaki maut kereta terjatuh dalam Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta yang dipandunya terjatuh ke dalam Sungai Perak di Kampung Baru Layang-layang Kanan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian diterima pada pukul 11.27 malam selepas orang awam melihat kereta jenis Proton Waja dipandu lelaki dikenalinya terjatuh ke dalam sungai.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat segera diaktifkan bersama pasukan bomba sebelum kenderaan mangsa dijumpai hari íni.
“Mangsa ditemui terperangkap di dalam kereta. Operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan, namun lelaki itu disahkan telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Iskandar untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, operasi pencarian dilakukan dengan menggunakan bot sejauh 100 meter dari jeti iaitu tempat kereta mangsa dipercayai jatuh menuju ke hilir sungai.

Katanya, kedudukan lokasi kereta itu berjaya dikesan pada jarak lebih kurang 20 meter dan memohon bantuan kren bagi membawa naik kenderaan berkenaan dari dalam sungai.

“Mangsa berusia 34 tahun berjaya dijumpai di dalam kereta tersebut pada pukul 2.10 petang. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI