fbpx
GAMBAR menunjukkan penyerang berada di Stesen Utama Taipei semalam. - AGENSI 

Lelaki hunus pisau serang stesen metro, 4 maut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPEI – Sekurang-kurangnya empat orang maut, manakala lima lagi cedera selepas seorang lelaki membaling bom asap dan menikam orang ramai secara rambang dalam serangan di dua stesen kereta api metro di Taipei, lapor akhbar The Guardian. 

Serangan bermula di Stesen Utama Taipei petang semalam, dengan suspek membaling bom asap ketika waktu puncak sebelum menuju ke Stesen Zhongshan yang terletak berhampiran. 

Datuk Bandar Taipei, Chiang Wan-an berkata, suspek antara yang maut selepas terjun daripada sebuah bangunan semasa dikejar polis. 

“Seorang mangsa terbunuh ketika cuba menghentikan serangan itu di Stesen Utama Taipei,” kata Wan-an. 

Rakaman video kejadian menunjukkan suspek membaling bom asap ke arah orang ramai yang berkumpul di kaki lima sebelum berlari ke sebuah pusat beli-belah dan melakukan tikaman secara rawak dengan sebilah pisau panjang. 

Suspek dikenal pasti sebagai seorang sukarelawan tentera udara berusia 27 tahun yang pernah berkhidmat dalam pasukan komunikasi radio berhampiran Lapangan Terbang Songshan sebelum diberhentikan pada 2022. 

Perdana Menteri Taiwan, Cho Jung-tai memberitahu pemberita bahawa suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan pihak berkuasa berulang kali mengeluarkan waran tangkap. 

Jung-tai menyifatkan insiden itu sebagai serangan yang disengajakan biarpun motifnya masih belum diketahui.

Presiden Taiwan, Lai Ching-te pula menegaskan bahawa Taipe akan mempertingkatkan kawalan keselamatan dan memastikan ‘tiada kelonggaran’. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI