fbpx
Jasad seorang bayi ditemui di dalam lori sampah di Bukit Jalil, 11 Disember lalu

Kes janin dalam lori sampah: Polis tunggu keputusan kimia, DNA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu keputusan analisis kimia dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung kes janin bayi yang ditemui dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil, pada 11 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keputusan berkenaan adalah bagi pihaknya dapat meneruskan siasatan selanjutnya.

“(Pihak polis) masih menunggu keputusan kimia dan DNA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Fadil berkata, setakat ini siasatan masih diteruskan termasuk mengenal pasti lokasi sebenar beg yang mengandungi janin bayi berusia kira-kira 25 minggu sebelum ditemui di dalam lori sampah.

Menurutnya, polis juga belum memperoleh maklumat lengkap berkaitan identiti janin tersebut dan mengalu-alukan kerjasama orang awam bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dilaporkan berkata, pihaknya telah merekod keterangan empat individu.

Katanya, keadaan tubuh badan janin semasa ditemui mempunyai kecederaan di bahagian perut, tengkorak kepala pecah dan tali pusat putus.

Polis menerima laporan kes penemuan janin bayi lelaki berukuran panjang 35 sentimeter itu pada pukul 12.51 tengah hari, 11 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN