fbpx
GAMBAR fail seorang pekerja mengangkat guni beras di Jakarta. - Foto AFP

Indonesia hentikan import beras tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia tidak akan mengimport beras sama ada untuk kegunaan pengguna atau pemain industri pada tahun hadapan, lapor portal berita VnExpress semalam.

Seorang pegawai kerajaan berkata, penamatan import itu dibuat susulan pengeluaran domestik yang mencukupi di Indonesia.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat penyelarasan peringkat menteri yang diadakan baru-baru ini di Jakarta. Ia dihadiri oleh pegawai kanan daripada Kementerian Penyelaras Keselamatan Makanan, Kementerian Perdagangan serta Badan Pusat Statistik.

Timbalan Penyelaras Perdagangan dan Pengedaran di Kementerian Penyelaras Keselamatan Makanan, Tatang Yuliono berkata, semua permintaan domestik, termasuk beras untuk kegunaan isi rumah serta  industri akan dipenuhi sepenuhnya melalui pengeluaran tempatan.

Kerajaan juga menolak cadangan Kementerian Perindustrian untuk mengimport hampir 381,000 tan beras bagi kegunaan industri pada tahun 2026.

Cadangan itu ditolak kerana kerajaan percaya bekalan domestik adalah mencukupi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN