fbpx
Gambar detik terakhir Dr. Zaliha bersama ibunya yang dimuat naik di laman media sosial.

Ibu Dr. Zaliha kembali ke rahmatullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Hari ini menjadi detik duka buat keluarga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa apabila ibu tercinta menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Dr. Zaliha memaklumkan bahawa ibunya telah meninggal dunia pada pukul 8.23 malam.

“Tiada lagi gurau senda dan doa mak. Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan ini,” ujarnya.

Beliau turut memohon orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Semoga Allah mengampunkan segala dosanya, menerima amal kebaikannya serta mengurniakan ketenangan dan kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menghadapi saat yang amat berat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN