fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat melanda lapan negeri sehingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melanda lapan negeri berdepan cuaca buruk sehingga pukul 7 malam ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak manakala di Kelantan adalah Jeli dan Kuala Krai turut terjejas.

“Selain itu, hujan lebat turut dijangka di Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor termasuk Putrajaya turut terlibat.

“Cuaca buruk itu berterusan di Port Dickson, Negeri Sembilan selain Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan melanda Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

“Bagi Sabah, keadaan sama berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat termasuk Labuan,” katanya. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN