fbpx
FRANK perlu memastikan kemenangan ke atas Liverpool sekiranya mahu memastikan jawatannya di Spurs selamat. - AFP

EPL: Frank tidak ada pilihan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas pemain tengah Tottenham Hotspur, Jermaine Jenas menyifatkan aksi menentang Liverpool awal pagi esok sebagai perlawanan wajib menang buat pengendali pasukan, Thomas Frank selepas dikritik hebat oleh penyokong ketika ini.

Sebagai rekod, Frank yang menggantikan Ange Postecoglou pada Jun lepas gagal memberikan prestasi konsisten buat pasukan termasuk tewas 0-3 kepada Nottingham Forest pada minggu lalu.

Menurut Jenas, Spurs tidak boleh lagi menanggung kekalahan kepada Liverpool jika berhasrat untuk meraih tiket ke kejohanan Eropah pada musim depan.

“Saya rasa impak perlawanan yang sangat besar kerana pastinya Frank berada dalam keadaan tertekan untuk mengatur strategi terbaik. Saya anggap ini adalak aksi wajib menang.

“Namun, buat masa ini kita tidak rentak konsisten daripada pasukan kerana pemilihan pemain dan taktikal sentiasa berubah. Pasukan diakui ada masalah kecederaan, tetapi Spurs masih ada ramai pemain berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Jenas mengakui masih terlalu awal untuk pihak pengurusan memecat Frank walaupun ditekan penyokong setia Spurs kerana pengendali kelahiran Denmark itu masih perlukan masa.

“Dia harus diberikan masa kerana pecat jurulatih bukanlah penyelesaian terbaik. Peminat juga harus realistik kerana kita tidak boleh menang trofi EPL dalam masa terdekat tetapi pasukan sedang cuba untuk berikan saingan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI