LONDON – Harapan Chelsea untuk merapatkan jurang dengan kelompok atasan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian selepas seri 2-2 bertemu Newcastle United pada aksi di Stadium St. James Park, sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, tuan rumah bermula garang apabila meraih gol pembukaan menerusi penyudah penyerang berbisa, Nick Woltemade seawal minit keempat.
Pemain antarabangsa Jerman itu terus mempamerkan penyudah berkualiti apabila menjadikan kedudukan 2-0 menerusi hantaran Anthony Gordon.
Bersambung pada babak kedua, The Blues berjaya bangkit apabila kapten pasukan, Reece James menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-49.
Gol tersebut menaikkan semangat pasukan pelawat untuk melakuka asakan bertali arus sebelum berjaya menyamakan kedudukan hasil penyudah Joao Pedro pada minit ke-66.
Newcastle hampir meraih kemenangan apabila meraih dua peluang keemasan yang diperoleh Harvey Barnes gagal menerjah jaring dengan keputusan 2-2 kekal hingga wisel penamat.
Situasi itu menyaksikan Chelsea kini meraih 29 mata selepas mengharungi 17 perlawanan manakala The Magpies mengutip 23 mata. – AGENSI














