BUKIT KAYU HITAM – Puluhan ribu rakyat Malaysia terpaksa melupakan hasrat untuk bercuti di Hatyai, Thailand apabila destinasi pelancongan popular itu masih belum bersedia menerima kunjungan sepanjang musim cuti sekolah, Krismas dan sambutan tahun baharu ini. Keadaan itu boleh dilihat daripada penurunan aliran pelancong di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, Perlis yang semalam dilaporkan luar biasa lengang. Tiada lagi pemandangan orang ramai berpusu-pusu masuk dan beratur panjang di kompleks ICQS tersebut, mahupun……














