TAMPIN – Peniaga dan orang awam yang tinggal berhampiran Perhentian Bas Awam Tampin di sini melahirkan rasa kecewa dengan keadaan lokasi tersebut yang diibaratkan sangat kotor dan berbau busuk. Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati, kawasan perhentian bas itu tidak hanya dipenuhi sampah sarap, malah botol arak dan juga bangkai haiwan turut bersepah. Seorang peniaga barangan perkahwinan, Kang Mun Kein, 44, berkata, dia kesal kerana pelanggan yang masuk ke kedai jualannya kerap kali mengadu bau busuk dari kawasan perhentian bas yang……














