fbpx
Mooi Lye (duduk, tengah) bergambar bersama Ahli Majlis PBT yang baharu ketika sidang akhbar di Komtar, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

15 muka baharu dilantik Ahli Majlis PBT P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan perlantikan seramai 48 Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), yang berkuat kuasa mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2026.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang pada 17 Disember lalu telahpun meluluskan pelantikan 48 Ahli Majlis bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri.

“Seramai 15 Ahli Majlis terdiri daripada muka baharu manakala 33 yang lain dikekalkan dari tahun 2025.
“Majlis angkat sumpah dan menandatangani pengakuan menerima jawatan akan diadakan pada 2 Januari 2026, secara berasingan di Menara Bandaraya MBSP membabitkan Ahli Majlis MBSP, manakala Ahli Majlis MBPP di Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama,” katanya menerusi pengumuman pada sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI