fbpx
PEARLY (depan) dan Thinaah mencatat kemenangan straight set ke atas Iwanaga-Nakanishi semalam. - FARIZ RUSADIO

WTF2025: Pearly mahu kuatkan aspek mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMENANGAN kedua dalam Kumpulan A meletakkan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah semakin hampir ke separuh akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 di Hangzhou, China.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou semalam, naib juara dunia itu menampilkan aksi cukup konsisten untuk menewaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun 21-13, 21-18.

Meskipun menang dengan keputusan straight set, namun Pearly menegaskan, mereka perlu memperkemaskan lagi permainan dan tidak boleh terlalu gopoh untuk melakukan serangan.

Situasi itu boleh dilihat apabila melakukan kesilapan demi kesilapan di penghujung set kedua sehingga membolehkan Iwanaga-Nakanishi mengejar kedudukan sebelum mereka kembali mendapatkan fokus.

“Saya fikir ia (kesilapan) berpunca daripada mental seperti saya terlalu gopoh untuk melakukan serangan mematikan servis mereka. Tindakan itu menyebabkan terjadinya kesilapan-kesilapan mudah.

“Bagaimanapun, terima kasih kepada Thinaah dan jurulatih di belakang kerana sentiasa mengingatkan saya supaya bertenang dan kembali dengan perancangan asal,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2025 itu sudah mencatat dua kemenangan berturut-turut Kumpulan A selepas turut menewaskan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian pada aksi pembuka tirai kelmarin.

Sementara itu, Thinaah menjelaskan, kondisi mereka sudah semakin baik meskipun masih berada pada fasa sedang menyesuaikan diri selain mengakui, keyakinan makin meningkat menerusi dua kemenangan tersebut.

“Kami hanya mahu menikmati perlawanan, tidak kira apa sahaja keadaan. Kami menang dua perlawanan berturut-turut dan ia memberikan kami lebih keyakinan tetapi fokus tidak boleh hilang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN