fbpx
Tangkap layar memaparkan murid tersebut menerima anugerah Tokoh Murid Lelaki di Sekolah Rendah Agama Nurul Iman, Selayang Baru.

[VIDEO] Tiada ibu bapa, tetap bergelar tokoh murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kisah seorang murid yatim piatu yang dinobatkan sebagai Tokoh Murid Lelaki di Sekolah Rendah Agama Nurul Iman, Selayang Baru, Selangor mengundang sebak orang ramai.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @puan_enie, wanita tersebut berkongsi rasa terharu apabila murid berkenaan menerima anugerah itu walaupun dibesarkan tanpa ibu bapa.

Menurutnya, pelajar tersebut merupakan anak yatim piatu dan anak tunggal yang kini dijaga oleh nenek serta ibu saudaranya.

“Ini bukan anak saya, tetapi saya tetap mahu berkongsi. Saya dan suami sebak melihat kejayaan pelajar ini kerana dia membesar tanpa ibu dan ayah.

“Dia memang layak dijadikan tokoh murid kerana usaha untuk berjaya dalam keadaan begitu bukan sesuatu yang mudah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya, ibu pelajar berkenaan meninggal dunia ketika melahirkannya, manakala bapanya pula meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya turut sebak dengan kehidupan murid tersebut.

“Anak murid saya ni, budak baik sangat. Di sekolah, dia dapat anugerah tokoh sahsiah. Bijak pun ya. Semoga terus cemerlang di sekolah menengah wahai anak,” komen Nazariyah Mustafa.

“Masa anugerah ni di sekolah anak saya pun saya sebak. Itu ada ibu bapa, yang yatim piatu ni lagi lah sedih. Semoga Allah mudahkan jalan untuk anak ini dalam segala segi, amin,” kata Fariza Salleh.

“Saya pun menangis sekali. Guru-guru pandai menilai permata. Semoga adik ni terus cemerlang dan membalas budi nenek dan mak cik serta ingat jasa guru-guru,” komen Imma Mansor. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI