PETALING JAYA – Seorang lelaki berang selepas dua individu dipercayai menjala ikan di sebuah tasik awam di Kuala Lumpur, semalam.
Menerusi hantaran pengguna TikTok @Abenaz6, mendakwa membawa anak saudaranya ke taman untuk memberi ikan makanan sebelum kedatangan dua individu menangkap ikan di tasik berkenaan.
“Aku bawa anak buah ke taman untuk bagi ikan makan, kemudian duduk sebab penat tapi anak buah saya masih beri ikan makan. Tiba-tiba datang dua orang lelaki ni terus tebar jala di tempat budak-budak tabur makanan ikan itu.
“Budak-budak ini pun lari pada aku cakap ‘Orang itu ambil ikan dalam kolam’. Bila saya tengok, memang betul dia tengah tarik ikan dalam jala dan masukkan ke dalam guni,” katanya.
Lebih mengecewakan, sikap tidak bertanggungjawab tersebut menyebabkan populasi ikan di tasik awam semakin berkurangan.
“Patutlah ikan dekat tasik ni tak sebanyak dulu. Rupanya kerja manusia yang mencuri,” katanya.
Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengambil maklum atas perkongsian rakaman tersebut untuk pantauan serta tindakan lanjut.
Perkongsian itu sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mengecam perbuatan tersebut.
“Patutlah ramai semakin kaya. Duit masuk dari keuntungan lebih banyak daripada duit untuk keluarkan modal,” komen @Doub1e_z.
“Dulu, banyak ikan dalam kolam itu. Mohon pihak berkuasa tolong tangkap siapa yang mencuri ikan di kolam itu,” komen @Shamsaad00.
“Aku pun pernah nampak tiga ke empat orang lelaki memancing di tasik Putrajaya dulu. Datang dengan anak dan isteri sekali tapi bila nampak polis peronda lalu, mereka terus sorok joran,” komen @July_gurlz67. – KOSMO! ONLINE
@abenaz6 ceritanya macamni , aku bawak anak buah ke taman layang layang kepong memg plan nak bagi ikan makan , lepastu aku duduk sebab penat tp anak buah aku masih bagi ikan makan , yelaa 2paket besar kot aku suruh budak2 bagi makanan ikan tu habiskan . tengah budak2 tu bagi makan datang 2orang uncle ni terus tebar jala dekat tempat yang anak buah aku tabur makanan ikan tu , budak2 ni lari dekat aku cakap angah orang tu ambil ikan dalam kolam aku tengok laaa eh betul wehh dia tengah tarik ikan yang ada dalam jala tu , so bila ikan dah naik dia nak masukan jala dalam guni baru aku rakam perbuatan manusia macamni , patut ikan dekat tasik ni tak sebanyak dulu. rupanya kerja manusia yang teruk perangai mencuri . apa tindakan DBKL ea ? tidak ada orang yang memantau ke kawasan ni . @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #dbkl #tamanlayanglayangkepong ♬ original sound – Nazz ✧₊˚














