fbpx
SKUAD hoki wanita negara meraih pingat emas Sukan SEA 2025. - MHC

Sukan SEA: Giliran Malaysian Tigress sumbang emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHONBURI – Skuad hoki wanita negara merangkul pingat emas Sukan SEA menerusi kemenangan selesa 6-0 ke atas Indonesia dalam aksi final di Universiti Sukan Kebangsaan Thailand hari ini.

Ini membuktikan Malaysian Tigress terus mengekalkan penguasaan mereka dalam arena hoki padang wanita sejak mula memenangi pingat emas bermula edisi 1997 di Jakarta, Indonesia selepas dua edisi pertama acara itu diperkenalkan pada 1993 berakhir di tempat kedua.

Skuad negara, No. 22 dunia, ternyata dalam kelas berbeza berbanding Indonesia yang menghuni ranking ke-70 dunia dan dikendalikan oleh bekas penolong jurulatih Malaysia, Iman Gobinathan.

Ia terbukti apabila Khairunnisa Ayuni Mohd. Sharuddin membuka tirai jaringan seawal kelapan sebelum Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad menggandakan kedudukan berselang 11 minit kemudian.

Khairunnisa kemudiannya meledak gol kedua peribadi pada minit ke-27 sebelum Malaysian Tigress menambah dua lagi jaringan pantas dalam tempoh tiga minit menerusi Nur Afiqah Syahzani Azhar (m-46, m-49).

Penyerang berpengalaman, Hanis Nadiah Onn memastikan pesta gol skuad negara dengan jaringan keenam ketika saingan berbaki tiga minit sebelum tamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN