fbpx
Laluan masuk ke RKT Kesedar Lebir yang dilimpahi Sungai Lebir sejak kelmarin sudah boleh dilalui oleh kenderaan hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

PPS SK Lebir ditutup, 148 penduduk pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir yang menempatkan seramai 148 penduduk daripada 35 keluarga ditutup hari ini.

Ketua Peneroka RKT Kesedar Lebir, Nor Azmi Abdullah berkata, mangsa banjir terlibat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas paras air Sungai Lebir surut.

“Alhamdulillah, keadaan cuaca semakin baik dan air sungai juga surut. Kita berharap keadaan ini berterusan bagi membolehkan mangsa terlibat mencuci barangan dan rumah masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN