fbpx
Gambar hiasan.

Polis siasat kes amang seksual budak 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan membabitkan seorang lelaki yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sebuah sekolah di Kampun Pandan, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.16 petang.

“Polis mengesahkan menerima laporan ke atas suspek yang melakukan amang seksual terhadap mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah rendah agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Lazim berkata, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kes masih dalam siasatan.

Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN