KOTA KINABALU – Seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditemui maut dipercayai terjatuh dalam kejadian di Dewan Canselor semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, penuntut lelaki berusia 23 tahun berkenaan ditemui oleh dua pekerja penyelenggaraan di pusat pengajian tinggi terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui terbaring di atas pentas di dalam Dewan Canselor UMS.
”Pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 11.10 pagi.
”Pemeriksaan luaran mendapati tiada sebarang kecederaan mencurigakan selain kesan akibat terjatuh,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam Dewan Canselor UMS mendapati mangsa dilihat terjatuh pada Rabu lalu, pukul 6.09 petang.
”Tiada saksi awam yang menyaksikan kejadian berkenaan setakat ini. Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Penuntut UMS maut terjatuh di Dewan Canselor
- Oleh IVAN AMIRUL
- 19 Disember 2025, 11:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Berdepan JDT ibarat menonton filem seram – Jurulatih
2 Februari 2026, 7:52 pm

[VIDEO] RM1 cecah 8.01 baht, rakyat Malaysia beratur panjang di sempadan
2 Februari 2026, 7:30 pm

Jom lawan kartel – Hannah
2 Februari 2026, 7:06 pm

Kerap mimpi jumpa emas, wanita rugi pecah lantai rumah
2 Februari 2026, 7:00 pm

‘Ibu sudah tiada ditikam, kami menggigil’
2 Februari 2026, 6:59 pm

Tersingkir awal bagi pengalaman buat skuad futsal negara
2 Februari 2026, 6:52 pm

Mangsa bunuh bakal bernikah Jumaat ini
2 Februari 2026, 6:18 pm

Ibu, ibu saudara kanak-kanak 6 tahun lemas ditahan
2 Februari 2026, 6:16 pm






