fbpx
Tertuduh (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini.

Penganggur tak mengaku buat ugutan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang individu, Februari lalu.

Tertuduh, Ooi Teik Kuan, 44, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan ugutan jenayah terhadap seorang individu dengan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan dengan mengeluarkan kata-kata hendak membunuhnya dan ahli keluarganya di Chew Jetty di sini, kira-kita pukul 9.18 pagi, 7 Februari lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farah Hamizah Hasan Gani.

Mahkamah kemudian membenarkan wang jaminan berjumlah RM3,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 28 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI