fbpx
RYNDEE O'NEL (tengah) tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Taiping atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang tahanan di Penjara Taiping, Januari lalu.

Pegawai penjara tak mengaku bersalah sebabkan kematian tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Seorang pegawai penjara di Pusat Koreksional Kamunting (Kemta) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang tahanan di Penjara Taiping, Januari lalu.

Tertuduh, Ryndee O’nel Victor, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian Gan Chin Eng, 62, dengan mengetahui bahawa perbuatannya mungkin menyebabkan kematian di Dewan B, Penjara Taiping, Jalan Taming Sari, Taiping antara pukul 3.30 hingga 4 petang, pada 17 Januari 2025.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak menggganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Februari depan untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN