fbpx
Ahli keluarga 'Suri' hadir ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau petang ini bagi menjalankan ujian DNA. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Mayat wanita dalam beg: DNA ahli keluarga Suri diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Ahli keluarga Suri Narudin yang dipercayai dikaitkan dengan penemuan mayat wanita dalam beg di belakang rumah di Batu 4, Pedas semalam tiba di Unit Perubatan Forensik, Hospital Rembau, di sini petang ini.

Mereka bagaimanapun dinasihatkan untuk ke Bahagian Kecemasan bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dipadankan dengan mayat mangsa bagi tujuan pengesahan identiti.

Pada pukul 4.06 petang, beberapa barangan termasuk beg yang digunakan suspek dibawa keluar dari Unit Perubatan Forensik. Terdahulu, rakan baik ‘Suri’ dikenali sebagai Jue, 50-an berkata, dia sudah lama mengenali mangsa kerana merupakan rakan sekampungnya di Kuching, Sarawak.

“Suri memang baik, dia pemurah malah selalu tolong kawan-kawan. Jadi ramai yang sayang dengan dia. Suri yang mula-mula dulu datang ke Semenanjung Malaysia, baru saya datang (ke Semenanjung),” katanya kepada pemberita hari ini.

Suri Narudin, 53, dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu di Ampang, Selangor. Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Idzam Jaafar berkata, susulan penemuan mayat itu, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan di Melaka semalam dan direman tujuh hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI