fbpx
IDA FAIZURA berjaya membina perniagaan meskipun bermula di rumah menerusi sokongan latihan daripada Maggi.

Maggi perkasa usahawan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nestle mela­lui jenamanya Maggi telah melatih dan menyokong lebih daripada 4,000 wanita daripada pelbagai latar belakang untuk memulakan langkah pertama dalam dunia keusahawanan menerusi pelbagai program sejak tahun 2021.

Program Maggi Wanita Cukup Berani (WCB) antaranya telah menyokong ekosistem keusahawanan wanita dengan me­ningkatkan penglibatan wanita dalam bidang perniagaan melalui modul yang tersedia dan bimbi­ngan mentor berpengalaman.

Salah seorang peserta yang memenangi tempat kedua pertandingan Maggi WCB 2023, Ida Faizura Megat Muhaiyadin antara yang mendapat manfaat daripada program tersebut dan berjaya mengembangkan perniagaan sehingga kini.

Menurut bekas peguam itu, program berkenaan merangkumi modul pembelajaran untuk pemerkasaan diri melalui latihan kemahiran sama ada bagi individu dan juga perniagaan.

“Salah satu modulnya adalah Food Know Hows iaitu asas kepada segalanya untuk belajar tentang nutrisi, mengimbangi perasa, teknik di dapur dan masakan dengan kos efektif.

“Bagi individu seperti saya yang bermula di rumah, masakan yang enak tidak mencukupi, saya perlu memahami cara masakan untuk perniagaan,” jelasnya.

Selain itu, modul Business Know Hows mengajar tentang kemahiran perniagaan praktikal dan relevan dengan dunia sebenar.

Ida Faizura turut belajar tentang Personal Branding yang tidak hanya melatihnya membina perniagaan, malah membina diri sebagai seorang usahawan, manakala modul keempat iaitu Digital Upskilling & Food Content Creation membawa pembaharuan yang lebih bermakna dalam dirinya.

“Saya belajar cara menggunakan alat digital, media sosial dan penciptaan kandungan untuk mengangkat perniagaan.

“Kami juga mendapat bim­bingan pakar daripada Google dan TikTok, ia sangat membuka minda termasuk cara-cara menghasilkan video makanan pendek, teknik menarik perhatian penonton, serta membina kehadiran digital bagi menyokong perniagaan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN