fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, angin kencang di Perak, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di tiga negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar,” katanya.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Sri Aman (Lubok Antu), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Sementara itu cuaca buruk di Sabah dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI