fbpx
FURY Championship bakal menutup tirai 2025 dengan penganjuran Fury Redemption Volume 1.

Fury Redemption bakal gegar KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan penganjuran sulung di Zepp Kuala Lumpur Mei lalu, Fury Championship kini kembali dengan Fury Redemption Volume 1 yang bakal menjadi aksi penutup tirai 2025 pada 28 Disember ini.

Membawa tema ‘When Combat Meets Culture’, acara sukan tempur itu bukanlah sekadar pertarungan fizikal tetapi turut menjadi medan pertemuan gaya hidup moden, budaya komuniti serta semarak seni mempertahankan diri.

Bakal berlangsung Arena Sukan Kuala Lumpur, Setapak, ia akan melibatkan beberapa nama besar dalam dunia sukan tempur seperti Adam Lee, Elias Ghazali Zulfikar serta petarung dari Indonesia, Fahri.

Turut memeriahkan acara itu nanti adalah beberapa selebriti popular tanah air, termasuk Zizan Razak, Zulhuzaimy, Niezam Zaidi, Noki K-Clique, Hafizh Syahrin Abdullah dan Aril Lesmana.

PERTARUNGAN yang dijangka mencuri tumpuan pada Fury Redemption nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Fury Championship, Mohd. Wafiy Ilhan Johan berkata, Fury Redemption merupakan acara kemuncak bagi saingan tahun ini dan mahu ia diingati setiap penonton yang hadir.

“Fury Redemption Volume 1 merupakan acara kemuncak untuk kami. Penutup tahun yang akan diingati oleh seluruh komuniti sukan tempur di Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi.

Majlis timbang berat petarung dijadualkan berlangsung pada 27 Disember ini dengan pertarungan sebenar bakal membuka gelanggang keesokan harinya.

Acara Fury Redemption Volume 1 merupakan kolaborasi eksklusif antara Fury Championship dan Speed+ dalam usaha untuk mengangkat serta mengukuhkan nama sukan tempur di Malaysia.

Peminat-peminat sukan tempur tempatan yang berminat untuk menyaksikan pertarungan tersebut boleh segera mendapatkan tiket di laman WOWTix. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN