fbpx
Fadhlina menyantuni antara penduduk terjejas banjir di sekitar Pahang, semalam. Foto Facebook Fadhlina Sidek

Fadhlina terharu semangat kebersamaan hadapi banjir di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek terharu komitmen tinggi ditunjukkan jentera kerajaan pusat dan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam yang berganding bahu dalam mendepani bencana banjir di Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyifatkan semangat kebersamaan yang ditunjukkan semua pihak sebagai faktor penting menyatukan rakyat dan menguatkan ketabahan ketika berdepan ujian.

“Kebersamaan ini yang akan menyatukan kita, meneguhkan semangat tatkala menempuh ujian yang datang,” katanya.

Semalam, Fadhlina mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke beberapa kawasan terjejas banjir di negeri itu bagi meninjau sendiri situasi semasa serta keadaan rakyat yang terkesan.

Beliau berkata, beberapa laluan utama terputus akibat dinaiki air, namun rombongan tetap meredah kawasan terbabit bagi memantau keadaan mangsa banjir secara dekat.

Menurutnya, pusat pemindahan sementara yang ditempatkan di institusi Kementerian Pendidikan beroperasi dengan lancar dan memberikan perkhidmatan terbaik demi kebajikan mangsa.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, di samping mendoakan agar mereka diberikan kesabaran dan kekuatan serta berharap keadaan cuaca akan kembali pulih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN