SEREMBAN – Seorang duda dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, awal bulan lalu.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Noor Aini Ismail, 63, mengaku salah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah turut memerintahkan warga emas itu menjalani sesi kaunseling dan berada di bawah pengawasan polis selama setahun selepas dibebaskan kelak.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di garaj sebuah rumah di Taman Desa, Port Dickson dekat sini pada 6 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE














