fbpx

‘Berhenti panggil saya bekas suami Erra Fazira’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli perniagaan sensasi, Engku Emran sekali lagi memancing perhatian netizen apabila meminta untuk berhenti memanggilnya sebagai bekas suami Erra Fazira.

Menerusi hantaran dalam InstaStory, Emran atau nama lengkapnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 50, memohon agar perkara itu dihentikan dan meminta agar orang di luar sana memanggilnya sebagai bapa Aleesya.

“Orang patut berhenti memanggil saya sebagai bekas laki Erra. Panggil saya bapak Aleesya kan boleh,” tulisnya.

Emran juga sempat berseloroh bahawa wajahnya persis pelakon terkenal Hollywood, Pedro Pascal.

“Tak ke rasa Engku Emran bekas laki Erra ni sebiji Pedro Pascal versi Muslim?,” tulisnya.

Terdahulu Emran mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi foto bersama Aleesya, Erra dan suami baharunya, Ezwan Zain sewaktu menghantar anaknya di lapangan terbang.

Menurut Emran, itu pertama kali dia bertemu dengan bapa tiri Aleesya dan mengalu-alukan kedatangan lelaki Itu ke dalam keluarga mereka dengan mesra.

Untuk rekod, Emran dan Erra pernah berkahwin pada tahun 2007. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2014. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN