TAMPIN – Penduduk Kampung Repah di sini mahu jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKK) atau ketua kampung dipilih dari anak jati kampung berkenaan. Wakil penduduk Nor Haslen Alom, 50, berkata, ini kerana jawatan tersebut dikatakan diserahkan kepada individu yang bukan berasal dari kampung itu dan tidak dikenali penduduk. Menurutnya, bantahan berhubung ketua kampung baharu telah dibuat sejak 1 Disember lalu melalui kutipan petisyen tandatangan lebih 100 penduduk dan diserahkan kepada kepimpinan setempat termasuk wakil rakyat dan Pejabat……














