fbpx
Noor Suzila (dua dari kanan) dihadapkan atas pertuduhan memperdaya seorang wanita dalam skim pelaburan, ‘kutu lelong’ di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

[VIDEO] Penganjur skim ‘kutu lelong’ didakwa menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang peniaga wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang wanita untuk menyertai skim pelaburan dikenali sebagai ‘kutu lelong’ sehingga menyebabkan kerugian RM10,250 pada dua bulan lalu.

Tertuduh, Noor Suzila Adnan, 27,yang juga ibu dua anak membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, Noor Suzila didakwa menipu seorang wanita berusia 32 tahun dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai tertuduh lalu menyerahkan wang pelaburan ‘kutu lelong’.

Dia juga didakwa telah mendorong mangsa untuk memindahkan wang sebanyak RM10,250 ke akaun miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara pukul 10.23 pagi hingga 10.41 malam, 23 Oktober hingga 19 November lalu di Kampung Laut, Pasir Gajah, di sini.

Noor Suzila didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Kosmo! Online 26 November lalu melaporkan seorang peniaga wanita berusia 27 tahun diburu bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan, ‘kutu lelong’ yang dipercayai telah menyebabkan kerugian kira-kira RM701,000 sejak bulan Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI