fbpx

[VIDEO] Habitat banjir, gajah sesat berkeliaran di jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Pengguna Jalan Cherul-Bukit Sagu, di sini gempar dengan kelibat seekor gajah liar yang berkeliaran dipercayai tersesat setelah habitat turut ditenggelami banjir hari ini.

Penemuan haiwan jantan tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang membawa kepada penangkapannya pada pukul 2 petang tadi.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, gajah seberat 2.5 tan itu berjaya ditangkap di
Ladang Rakyat Bukit Bandi, Cherul di sini pada pukul 2 petang.

“Kita terpaksa menembak haiwan liar tersebut menggunakan ubat pelali sebelum menangkapnya.

“Pemeriksaan mendapati tahap kesihatannya baik dan gajah berkenaan akan dipindahkan semula ke habitat asalnya pada masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular klip video berdurasi 17 saat memaparkan beberapa kenderaan terpaksa mengundur bagi mengelak dirempuh gajah yang tersesat terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI