fbpx
Keadaan air Sungai Lebir yang melimpah ke kawasan berhampiran perumahan penduduk di Lebir, Gua Musang hari ini. FOTO MEDIA SOSIAL

Sungai Lebir melimpah, 4 keluarga pindah PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seramai 16 individu daripada empat buah keluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir di sini hari ini selepas kawasan perumahan mereka dilimpahi air Sungai Lebir.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Gua Musang, Mohd. Roshdi Ismail berkata, cuaca hujan yang berterusan sejak Ahad lalu di daerah ini menyebabkan paras air meningkat pada ketinggian 0.3 meter sehingga 0.5 meter

Katanya, mangsa yang terjejas merupakan mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang rendah.

“Air mula melimpah ke kawasan kediaman penduduk kira-kira pukul 7 pagi tadi.

“Semua mangsa telah dipindahkan ke SK Lebir untuk berlindung sehingga banjir surut. Paras Sungai Lebir di Kuala Koh ketika ini menunjukkan trend menurun,” katanya.

Mohd. Roshdi memberitahu, pihak Jabatan Kerja Raya akan melaksanakan kerja-kerja membersih, mendalamkan sungai dan anak-anak sungai berhampiran sebagai jalan penyelesaian jangka pendek.

Katanya, langkah itu bertujuan mempertingkatkan kapasiti dan kadar aliran terutamanya semasa hujan lebat.

Sementara itu, seorang penduduk, Azlan Harun, 45, berkata, paras air meningkat dengan cepat menyebabkan mereka terpaksa memohon bantuan trak pikap untuk memindahkan barangan ke PPS terlebih awal.

Katanya, ramai penduduk terkandas kerana air naik dengan cepat dan jalan tidak lagi dapat dilalui dengan kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI