Bahagian Pantai Barat Semenanjung dilanda ribut Senyar baru-baru ini yang membawa hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora. Perairan Port Dickson, Negeri Sembilan menerima impak yang kuat sehingga tidak langsung sesuai untuk apa-apa aktiviti menggunakan bot di laut. Bencana alam ribut Senyar menggusarkan hati kami enam sekawan yang merancang trip jigging ketika cuti Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor yang ke-80 baru-baru ini. Perjalanan ini diatur bersama Tekong Pak Tam yang jetinya bertempat di Admiral Marina and Leisure Club, Port Dickson,……














