fbpx

Sigenergy dan The Mobility House Energy Terbit Kertas Putih “Fundamentals and Applications of Bi-Directional Charging”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH dan DÜSSELDORF, Jerman, 18 Disember 2025 /PRNewswire/ — Sigenergy, penginovasi tenaga yang terkemuka bagi sistem storan tenaga dan The Mobility House Energy, penggabung dan pedagang fleksibiliti tenaga berpangkalan di Munich yang terkemuka, bersama-sama mengeluarkan kertas putih yang bertajuk "Fundamentals and Applications of Bi-Directional Charging" ("Asas dan Aplikasi Pengecasan Dwiarah"). Dengan memanfaatkan pengalaman penggerak pertama kedua-dua syarikat dalam penggunaan Kenderaan-ke-Grid (V2G) komersial di seluruh Eropah, kertas putih ini menggariskan sejauh mana teknologi pengecasan dwiarah Kenderaan-ke-Semuanya (V2X) dijangka menjadi asas dalam strategi fleksibiliti tenaga global, mengupayakan penembusan tenaga boleh baharu yang lebih tinggi dan membentuk babak inovasi tenaga teragih yang seterusnya.

Sigenergy and The Mobility House Energy previewed their joint white paper, “Fundamentals and Applications of Bi-Directional Charging,” at Solar Solutions Düsseldorf
Sigenergy and The Mobility House Energy previewed their joint white paper, “Fundamentals and Applications of Bi-Directional Charging,” at Solar Solutions Düsseldorf

Pengecasan Dwiarah: Asas untuk Transformasi Grid

Memandangkan elektrifikasi semakin memecut di seluruh dunia, terutamanya dengan penerimagunaan EV yang dipercepat di peringkat global, teknologi Kenderaan-ke-Grid (V2G) muncul sebagai alat penting untuk menstabilkan sistem kuasa dan membawakan fleksibiliti teragih. Kertas putih ini menyatukan pengalaman penggunaan komersial yang terbukti di lapangan oleh Sigenergy dan The Mobility House Energy yang menawarkan:

  • Gambaran keseluruhan yang komprehensif mengenai teknologi dan seni bina V2X
  • Panduan untuk memperkukuh kolaborasi industri dan pertumbuhan ekosistem
  • Pemahaman berhubung kematangan teknikal semasa dan arah aliran pasaran pada masa akan datang

Kertas putih ini mengetengahkan peranan strategik yang akan dimainkan oleh pengecasan dwiarah V2X dalam menyokong integrasi tenaga boleh baharu, mengurangkan tuntutan puncak dan memantapkan kestabilan grid. Digabungkan dengan pelancaran ISO 15118-20 yang berterusan, kematangan EV sedia dwiarah dan pengembangan mekanisme pasaran seperti tarif yang dinamik dan pasaran fleksibiliti, V2X dijangka akan mengalami pembangunan pesat sepanjang tahun 2025 hingga 2030.

Memandang ke hadapan, V2X akan semakin berintegrasi dengan PV kediaman, storan pegun dan loji janakuasa maya. Pergabungan ini akan membuka laluan ekonomi baharu, lalu membolehkan pengguna EV memperoleh hasil melalui perkhidmatan grid dan dalam masa yang sama mengupayakan sistem kuasa beroperasi dengan tahap kecekapan dan keandalan yang lebih tinggi.

Seni Bina Terganding-DC Sigenergy untuk Pengecasan Dwiarah Boleh Diskala

Kertas putih ini memaparkan seni bina terganding-DC Sigenergy yang menggabungkan solar, bateri rumah dan modul pengecasan DC dwiarah ke dalam satu sistem tenaga berkecekapan tinggi. Dengan mengurangkan kehilangan penukaran dan mempermudah pematuhan dengan kod grid global, reka bentuk ini menetapkan standard teknikal yang baharu untuk pengecasan dwiarah dan mendayakan penggunaan yang lebih lancar dalam pelbagai pasaran.

Pada peringkat sistem, penjanaan PV dipindahkan terus ke bateri kenderaan melalui pautan DC terkongsi, lalu mengupayakan pengecasan boleh baharu sepenuhnya sekali gus meningkatkan ekonomi tenaga isi rumah. Kawalan pintar dalam aplikasi mySigen, platform pengurusan tenaga pintar yang dibangunkan oleh Sigenergy, membolehkan pengguna memperhalusi keutamaan dan had kuasa merentas kesemua aset, seterusnya memastikan sistem tenaga mencapai penyesuaian yang lancar dengan keadaan grid serantau serta keperluan penggunaan individu. Kefungsian mula-gelap (black-start) natif meningkatkan lagi kebingkasan tenaga dengan membolehkan bateri EV membekalkan kuasa kepada beban rumah semasa gangguan bekalan elektrik tanpa memerlukan perkakasan tambahan.

Dibina untuk aplikasi pengguna dan juga perkhidmatan sisi-grid, seni bina ini merangkum antara muka EMS dan VPP terbina dalam yang membolehkan EV turut serta dalam pasaran fleksibiliti di samping storan solar dan pegun. Di kawasan yang mengalami kekangan grid, PV dan storan boleh digabungkan untuk memberikan sehingga 25 kW pengecasan pantas rumah yang dipertingkat. Pendekatan bersepadu ini menyediakan laluan praktikal dan boleh skala untuk penerimagunaan V2X, meningkatkan ROI pengguna dan menyokong peralihan yang lebih luas menuju sistem tenaga yang fleksibel dan dipacu bahan boleh baharu.

Kertas putih yang diterbitkan secara bersama ini menggariskan bahawa pengecasan dwiarah bukan lagi konsep yang bersifat teori; ia merupakan sumber yang boleh digunakan, boleh skala dan berdaya maju dari segi ekonomi untuk sistem kuasa moden. Dengan menggabungkan perkakasan dan kecerdasan AI Sigenergy dengan kepakaran fleksibiliti dan pengagregatan tenaga The Mobility House Energy, kertas putih ini bertujuan untuk memacu dialog industri dan mempercepat penerimagunaan pasaran di seluruh Eropah.

Muat turun kertas putih di sini: https://www.sigenergy.com/en/newsroom/white_paper 

 

Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4849675_MS49675_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI