fbpx
Amirudin (tengah) ketika meluncurkan Projek Fiberisasi-Cyberjaya di Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

Selangor negeri pintar sepenuhnya dalam tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Selangor dijangka menjadi negeri pintar sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun dengan siapnya jaringan fiberisasi komunikasi sepanjang 889 kilometer (km).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan jaringan fiberisasi itu akan memastikan infrastruktur digital negeri berada pada tahap optimum serta berfungsi sebagai tulang belakang yang kukuh kepada pembangunan negeri pintar.

“Kalau dapat hubungkan semuanya, maknanya infrastruktur digital kita sudah lengkap atau tulang belakang kita sangat kuat.

“Kita kena faham bila sebut Smart State atau City, keterhubungan internet adalah bergantung kepada beberapa faktor. Benda paling penting adalah fiberisasi dan kepantasan,” katanya pada sidang akhbar meluncurkan Projek Fiberisasi-Cyberjaya di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan pemeteraian Rangka Kerja Perikatan Perniagaan antara Syarikat infrastruktur digital milik kerajaan negeri iaitu Smartsel Sdn. Bhd (SmartSel) dan OCK Group Berhad serta memorandum perjanjian bersama anak syarikat OCK, iaitu OCK Datawave Sdn. Bhd.

Menurut Amirudin, keseluruhan projek tersebut dianggarkan melibatkan kos antara RM500 juta hingga RM800 juta menerusi kerjasama strategik dengan syarikat swasta, selain sokongan pendanaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Jelasnya, fasa awal projek melibatkan pembinaan jaringan sepanjang 40 km di Cyberjaya yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan sebelum diperluaskan ke daerah lain termasuk Shah Alam dengan jajaran sepanjang 178 km.

“Model pelaksanaan di Cyberjaya ini akan menjadi penanda aras bagi menilai kemampanan kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI