fbpx
STRUKTUR sebuah rumah di Taman Pinggiran Senawang di sini runtuh dalam kejadian awal pagi tadi. FOTO NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

‘Sekelip mata rumah runtuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pasangan suami isteri terselamat daripada dihempap runtuhan struktur rumahnya apabila terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat.

Kamal Ariffin Md Arif, 51, yang bekerja di sebuah syarikat swasta berkata, kejadian pada pukul 4.30 pagi itu berlaku sekelip mata dan dia bersama isterinya, Nor Zaini Nordin, 52, masih terkejut tetapi bersyukur terselamat.

Menceritakan detik cemas itu, Kamal Ariffin berkata, dia dan isteri keluar dari rumah sehelai sepinggang, malah dokumen termasuk telefon bimbit mereka gagal diselamatkan dan dihempap runtuhan.

“Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya untuk segera bangun selepas dikejutkan oleh isteri.

“Saya tengok plaster siling bilik anak sudah runtuh kemudian saya turun melalui tangga ke bawah dan keluar untuk melihat apa yang berlaku. Depan mata saya sekelip mata bumbung runtuh jatuh menghempap dua kereta dan motosikal yang diletakkan di depan rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Pinggiran Senawang di sini hari ini.

Menurut Kamal Ariffin, ketika detik cemas itu dia panik dan risau memikirkan keadaan isterinya yang masih berada di dalam rumah.

“Saya menjerit meminta tolong dan ada jiran terdengar saya beritahu isteri ada di dalam rumah, masa itu memang dah tidak sedap hati.

“Saya panggil nama isteri selang lima minit kemudian saya nampak dia. Isteri beritahu dia keluar melalui pintu dapur rumah, alhamdulillah kami berdua selamat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN