fbpx
Wee Chai (lima dari kiri) merasmikan buku biografinya di Shah Alam.

Pengasas Top Glove lancar buku biografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kisah hidup serta pengalaman lebih 30 tahun menceburi bidang perniagaan dibukukan Pengasas serta Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove), Tan Sri Dr. Lim Wee Chai dalam buku biografinya yang dilancarkan hari ini.

Buku yang diberi judul ‘Mesti Tahu, Mesti Buat, Mesti Ajar’ setebal 145 muka surat menceritakan kisah Wee Chai dari sebuah kampung di Titi, Negeri Sembilan sehingga mempunyai perniagaan sarung tangan terbesar di negara ini.

Wee Chai berkata, beliau mengambil keputusan menerbitkan biografi berkenaan kerana mahu berkongsi pengalaman hidupnya dengan rakyat Malaysia, yang dilihatnya boleh dijadikan inspirasi untuk berjaya dalam apa jua bidang.

“Apa ilmu yang kita ada, kita perlu kongsi dengan masyarakat kerana perkongsian ilmu akan memanfaatkan mereka dan diri kita sendiri.

“Ilmu yang baik dan bermanfaat tidak sepatutnya kita simpan. Kita perlu sebarkannya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku itu di sini, hari ini.

Wee Chai turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa berfikiran positif kerana baginya, mempunyai sikap sedemikian akan memberikan motivasi untuk mereka melakukan apa-apa perkara tanpa rasa benci kepada sesiapa.

Dalam buku Mesti Tahu, Mesti Buat, Mesti Ajar, beliau berkongsi transformasi Top Glove daripada kilang membuat sarung tangan biasa kepada sebuah syarikat korporat.

Ia turut menceritakan cabaran perniagaan ketika era pandemik Covid-19, yang mana kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara import sarung tangan daripada syarikat berkenaan atas tuduhan Top Glove melakukan buruh paksa terhadap pekerjanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI