fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang lemas semasa menjala ikan di kawasan kebun getah yang dilimpahi air Sungai Lebir di Kampung Pemberian, Kuala Krai hari ini. Foto JBPM

Pemain ragbi Kelantan lemas ketika menjala ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Kegembiraan seorang pemain ragbi pasukan Kelantan yang pulang bercuti dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor berakhir tragedi apabila remaja lelaki itu dijumpai lemas semasa menjala ikan di kawasan kebun getah yang dilimpahi air Sungai Lebir di Kampung Pemberian di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu dipercayai berlaku selepas tong dram plastik berwarna biru yang dijadikan sebagai perahu terbalik semasa mangsa, Muhammad Syahril Hakimy Sudin, 19, menjala ikan di kawasan tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd. Khairul Duha Abdul Halim berkata, mayat mangsa ditemukan di dasar kawasan kebun getah pada pukul 9.02 malam tadi.

Menurutnya, mayat lelaki itu dijumpai kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.22 malam sebelum seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Orang awam memaklumkan bahawa mangsa dikhuatiri lemas selepas tong dram dinaikinya terbalik semasa menjala ikan di kawasan kebun getah yang dinaiki air,” katanya.

Sementara itu, jiran mangsa, Syafirul Iman Mohd. Rasdhi, 20, berkata, kehilangan Muhammad Syahril disedari oleh seorang penduduk kampung selepas menjumpai selipar dan jala milik mangsa ditemukan di kawasan tebing sungai pada pukul 6 petang.

Katanya, mangsa merupakan pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah.

“Tong yang dinaikinya dikatakan terbalik. Saya cuba mencari Muhammad Syahril, namun tidak menjumpainya sebelum menghubungi talian kecemasan untuk bantuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI