fbpx
Hantaran gambar memaparkan makanan yang dibeli oleh pengguna @atiqahmowari_

‘Orang berniaga dia pun nak berniaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang diterimanya tidak seperti yang diharapkan selepas membuat pesanan secara dalam talian.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @atiqahmowari_, wanita tersebut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan makanan yang diterima yang disifatkan jauh daripada kualiti sepatutnya.

“Kepada pemilik, Jangan meniaga tau! Aku kalau tidak demam, aku keluar saja pergi beli! Tapi aku order dekat kau, ini yang aku dapat. Aku tidak akan halalkan duit aku dekat kedai kau dan aku tidak akan makan makanan kau macam ni!

“Kalau cakap aku tidak bersyukur, kamu semua rasa layak ke aku terima layanan makan macam ni?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut meluahkan rasa marah melihat keadaan makanan yang diterima dan turut berkongsi pengalaman sama.

“Bukan main mahal lagi harganya, tetapi begitu saja rupa makanan. Orang nak berniaga makanan, dia pun nak berniaga juga,” komen Aisya Rahmat.

“Harga bukan main mahal, sotong tu berapa ketul saja tu. Ya Allah, meniaga macam mana ni. Sudah la potong nipis sampai goreng jadi kecut,” kata Miera Hassan.

“Banyak peniaga macam tu. Kalau tidak siap nak meniaga tidak perlu buka pesanan ‘online’, kesian orang yang tengah lapar tunggu makanan datang, tahu-tahu dapat macam tu saja,” komen Mila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN