fbpx
Zulkifli (depan kanan) dan Zambry bergambar bersama wakil-wakil pihak universiti terlibat di ibu negara, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

MoU terbesar libat 27 IPTA, IPTS bersama Yadim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 27 buah institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menjalinkan kerjasama bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), tertinggi yang pernah diadakan.

Kerjasama berkenaan dilaksanakan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Yadim dan semua universiti terlibat, di ibu negara hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, berkata, MoU berkenaan merangkumi kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan, kepimpinan mahasiswa dan khidmat masyarakat.

“Alhamdulillah, objektif kita adalah untuk memperkasakan lagi agenda ini supaya ia lebih berimpak tinggi kepada masyarakat dan negara.

“Ia adalah kerjasama dalam meliputi pembangunan yang turut melibatkan aspek dakwah membabitkan kepakaran yang ada di antara pihak universiti dan Yadim,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani MoU Antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta, di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Majlis MoU berkenaan turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI