PETALING JAYA – “Ini amat melampau. Ini bukan cara mendidik yang diajar Islam.”
Itu komen yang diberikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki apabila melihat rakaman video seorang pelajar yang dipukul dipercayai berlaku di sebuah pusat tahfiz, semalam.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman skrin televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pelajar yang menggelupur kesakitan akibat dirotan bertalu-talu oleh seorang lelaki dewasa termasuk di bahagian atas badan.
Insiden berkenaan dipaparkan pada video yang dimuat naik penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, menerusi perkongsian salah seorang pengikutnya di media sosial.
Orang ramai turut menggesa pihak berkuasa untuk bertindak segera bagi menuntut keadilan buat pelajar tersebut. – KOSMO! ONLINE














