fbpx
Keadaan MPV jenis Perodua Alza yang terbalik selepas bertembung sebuah kereta di Kampung Batu Melintang, Jeli hari ini. Foto JBPM

Dua beranak maut, Perodua Alza bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELI – Dua beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naik terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Batu Melintang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 tengah hari itu, pemandu MPV jenis Perodua Alza yang berusia 39 tahun dan anak lelakinya, 16 tahun disahkan meninggal di lokasi kemalangan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohammad Asraf Mat Nazi, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.59 tengah tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurutnya, pemandu MPV itu tersepit di tempat duduk selepas kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Lexus yang datang dari arah bertentangan.

“Kenderaan dinaiki kedua-dua beranak itu dikatakan bertembung dengan kereta tersebut sebelum terbalik dan terjatuh ke bawah tebing jalan.

“Pemandu kereta jenis Toyota Lexus yang berusia 60 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Katanya, mayat dua beranak yang berasal dari Batu Gajah, Tanah Merah dekat sini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN