fbpx
GAMBAR HIASAN

Budi95 bukan untuk galak peralihan kepada EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Budi Madani RON95 (Budi95) bukan bertujuan untuk menggalakkan peralihan pemandu kepada kenderaan elektrik (EV) atau hybrid.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, objektif utama dan penerapan kelayakan Budi95 bertujuan untuk beralih daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar.

“Ia memastikan bantuan bahan api terus disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan atau bergantung kepadanya sebagai sumber pendapatan.

“Keberkesanan pelaksanaan Budi95 juga dinilai berdasarkan keupayaan mengurangkan ketirisan, melindungi kumpulan sasar di samping mengekalkan kestabilan pelaksanaan dari segi pengalaman pengguna memanfaatkan subsidi Budi95,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan peralihan kepada kenderaan EV dan hybrid pula, ia ditangani melalui rangka kerja dan inisiatif perasingan termasuk pembangunan infrastruktur pencasan serta dasar industri automotif negara.

“Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan subsidi bahan api di bawah Budi95 dengan rebat tunai sebagai penggalak peralihan kepada EV atau hybrid.

“Memandangkan langkah tersebut adalah akan mengubah tujuan asal Budi 1995 dan potensi menjejaskan keberkesanan penyasaran subsidi kepada kumpulan yang masih bergantung kepada kenderaan enjin pembakar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI