fbpx
Agong pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia di Istana Negara hari ini - Kredit Foto Royal Press Office

Tujuh menteri, lapan timbalan menteri angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai tujuh menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara di ibu negara hari ini.

Selain itu, lapan timbalan menteri baharu dilantik turut mengangkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani yang diumumkan semalam.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil pada pukul 10 pagi itu dimulakan dengan lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia.

Istiadat kemudiannya diteruskan dengan majlis penandatanganan dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara menteri mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Turut mengangkat sumpah Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi; Datuk Seri R. Ramanan sebagai Menteri Sumber Manusia serta Akmal Nasrullah Mohd. Nasir sebagai Menteri Ekonomi.

Sementara itu, Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak)

Dr. Zulkifli Hasan pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), manakala Dr. Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Bagi pelantikan timbalan menteri, antara yang mengangkat sumpah ialah Sim Tze Tzin sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Datuk Mohd. Shahar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi, manakala R. Yuneswaran sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Turut mengangkat sumpah ialah Mordi Bimol sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, serta Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Chiew Choon Man pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, manakala Datuk Lo Su Fui sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Marhamah Rosli pula dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI