fbpx
Ummi Mashitah Hassan bangkit menggengam pingat emas Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Sukan SEA: Kena influenza, Ummi tetap sambar emas silat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Biarpun diserang influenza hingga berat badan susut mendadak dua hari sebelum melangkah ke gelanggang, tidak menghalang pesilat wanita negara, Ummi Mashitah Hassan bangkit meraih pingat emas Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Atlet berusia 22 tahun itu mendedahkan berat badannya jatuh di bawah had kategori pertandingan akibat demam, memaksanya untuk minum tiga botol air setiap pagi sebelum sesi timbang berat badan semata-mata untuk melepasi syarat kelayakan.

Bagaimanapun, situasi getir itu tidak mematahkan semangat anak jati Marudi, Miri Sarawak itu yang mempamerkan aksi bertenaga menumbangkan wakil tuan rumah, Anuntaya Niyompan dengan kemenangan 104-88 dalam aksi final kelas c Puteri (55-60kg).

UMMI bangkit menyambar pingat emas Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

“Alhamdulillah saya berusaha dan saya percaya dengan rezeki Allah, saya percaya dengan usaha-usaha saya selama ni. Saya sangat penat dan nafas juga tidak berapa baik akibat influenza ini.

“Apapun, saya percaya dengan sesi latihan jurulatih saya dan akhirnya saya sampai di sini untuk membawa pulang pingat emas buat negara, Alhamdulillah,” katanya.

Lebih manis, kejayaan Ummi dianggap luar biasa kerana dia sebenarnya bermula daripada kosong dan hanya menyertai kelab silat di kampung secara suka-suka dua tahun lalu sebelum bakatnya digilap bergelar juara Sukma sebelum mencipta magis bergelar juara Asia Tenggara 2025.

Ummi menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki Allah dan hasil bimbingan jurulatih kebangsaan, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang banyak membakar semangatnya untuk cemerlang di bumi Thailand. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN